Wednesday, March 23, 2011

43 sebab Kenapa Rezeki Jadi Mahal

Ayat 1000 Dinar  :  Amalkan selalu utk di mudahkan/di murahkan rezeki




Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang/solat.
2. tidak membaca Bismillah/doa ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut/sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar/air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa, anak-anak, dan sahabat.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.(kencing dalam laut, air terjun)
30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan/lelaki.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. (malam/siang)
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.



* Yang highlighted to adalah yg selalu kite buat, tapi kite tidak perasan..

Berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan..

Wangi-wangian Buat Jin Muntah


Minyak wangi buat jin muntah..





Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang..



Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia..



Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan..

Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan merungut minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu..


Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian..


Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk..


Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya..


Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan..


Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual)..


Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan..


Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi..


Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat..


Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut..


Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan)..


Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian..


Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin..


Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual..


Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu..



Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis..


Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai..

Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping..


Saturday, March 19, 2011

Puisi untuk wanita

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik 
pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah



Selamat hari wanita sedunia..

credit to : macamnilahkita.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

erm..kadang-kadang tu..yelah..erm...

kadang-kadang..
terfikir jugak...
ape sebab saya nak buat blog ...???
social web yang lain kan ade..
Facebook..MySpace..Yahoo Mail..
and macam-macam lagi..

kenapa saya buat blog..??
untuk ape..?
erm..

nak famous..?
nak ramai kawan..?
nak dengki orang lain..?
nak up to date..??
konon nyer la..
huhu..

xla..

xde pape..
xheran semua itu..
xkisah la..
kalau xramai kawan..

xmarah pun..
kalau xde orang nak bace post saya..
xpe.. :)

saya buat blog nie..
suke-suke jer..
just for fun..


dan terkadang..
cube meluahkan sesuatu..
yang ade kala nye terbuku dalam hati..
tapi xmampu untuk meluahkan..


dan terkadang tu..
cube nak berkongsi ilmu..
ilmu yang ade bukan untuk kite seorang..
mungkin berguna untuk orang lain..
walau pun diri ini banyak cela nya..
banyak kekurangan..
tapi itu bukan alasan untuk menyampaikan ilmu..
dan berpesan-pesan..
dan..


untuk menambah ilmu..
kite bukak blog orang lain..
dan bace..
yang baik kite jadikan teladan..
yang buruk..??
yg buruk jangan dibuang terus..
tapi kite jadikan ia sebagai pengajaran..

Tuesday, March 15, 2011

something yg berwarna purple??

korang suke warne ape..?? kalau saya, saya suke warna kuning..sbb pe saya suke warna kuning..?? sebab kuning tu cantik sangat..huhu..


warna lain pun cantik jugak..tapi saya tetap nak cakap yg warna kuning itu CANTIK.. fullstop!!hehe.. tidak dinafikan lagi tanpa warna dalam kehidupan kite, hidup kite tidak bermakna..sebab warnalah yg mencorak kehidupan kite..warna yg dimaksudkan bukan sekadar kuning, purple, hijau ke..bukan.. tapi perjalanan hidup kite sendiri..kite hidup di muka bumi ini, bukan untuk sia-sia,,tetapi untuk menjadi khalifah di dunia..oleh sebab itu, kite di uji dengan bermacam-macam masalah, pergolakan, dan mudarat.. kekayaan, kesenangan, dan juga kemewahan juga satu ujian yg Allah beri..jadi, beringat-ingatlaah sahabat-sahabat semua.. :) chill.....

warnailah kehidupan kite dengan aura positif..
berilah senyuman kepada insan lain, kerana.. walaupun kite sedang berduka, tetapi kite mampu membahagiakan dan menceriakan orang di sekeliling kita walaupun sedikit cuma.. :)


Descrption picture : key chain yg terukir 'Sarawak'.. senior sekerja saya beri..hehe..

Monday, March 14, 2011

siap sudah itu kerja!!!

erm..hari nie hari ape ek..??huhu..owh hari selase rupenyer..genap la 1 hari kerje aq dah siap erk..huhu..bukan nak bangga ke ape..tidak..saje nak coretkan kat cnie..gn kawan2 sume yea..

semalam settle la keje aq yg namenye MPK..MPK?????ape tu...???huhu.. MPK tu Manual Prosedur Kerja..wat mase skrg nie aq praktikel di organisasi namenye Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).. so, aq kene la wat keje as a practical students..patot nyer PA yg kene wat keje nie..tp PA department aq baru masuk..so, aq lah yg kene buat..

time xde PA msetu, aq lah yg kene buat kerja2 PA kat department nie..then bile PA baru masuk, so time tu aq gh free..then boss aq bagi kerje kat aq..ha,amek ko!!!!! huhu..boss aq xe la cakap camtu actually..

dy soh aq edit manual tu..MPK Kewangan Tahun 2011 nyer edition..lame jgak aq edit .. makan mase.. ade la 2 minggu aq buat nak dapatkan 70 sheet..update punyer update, siapkan manual tu..alhamdulillah..huhu..
seronot xterkate la..coz nak edit manual bukan sesuka hati..coz silap cket je, kene banned aq nie..huhu..

thank u ya Allah kerane permudahkan kerja ku..

eh...??ade gambar aq pulak erk..hehe..xpe2..iklan je tu..