Sunday, October 9, 2011

Terlalu Perit

Terlalu Perit

Terlalu perit
Ku rasakan segalanya
Penderitaan, pengorbanan, penyeksaan
Bila kah segalanya berakhir

Mengapa harus aku..??
Mengapa aku..??

Dalam kesibukan kota dan arus deras kerja
Aku di belenggu dengan beribu soalan
Aku butuh waktu
Aku butuh ruang
Aku butuh segalanya

Berikan aku semua
Berikan aku masa
Untuk aku berfikir seperti mana kau fikirkan aku

Jangan kau paksa
Biarlah penderitaan ini pergi
Bersama kemaafan dari ku

4/10/2011

Masih Belum Sempurna


Masih Belum Sempurna

Perjalanan..
Tika..
dan saat..
Meniti arus deras
Yang belum lagi sampai ke penghujung nya

Akulah, watak itu
Pelakon pentas dunia
Wanita akhir zaman
Yang bukannya nabi
Yang bukannya isteri nabi

Adakah aku pantas..??
Menyelami hati insane bernama lelaki..??
Adakah dia sudi
Menjadikan aku tulang rusuk kirinya

Ku pasrah
Ku akur
Segalanya ku terima

Namun,
Dalam kepasrahan itu
Tertanam satu tekad
Untuk ku bangkit menjadi,
Permata yang bernilai

Sang Pencerah
4/10/2011

Monday, October 3, 2011

Entah Kapan


Entah Kapan

Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Namun, aku tetap begini

Menanggung sakit
Elok di luar
Derita di dalam
Bak di tikam pisau
Selumbar, paku dan darah

Aku kesakitan
Tiada siapa yang mengerti
Aku menangis
Tiada siapa yang memahami

Bukan mereka tidak mengetahui
Bukan mereka tidak mengerti
Bukan mereka tidak memahami
Bukan mereka tiada belas kasihan

Tetapi,
Aku yang memikulnya
Di kedua-dua bahu kiri dan kanan

Kalian memang mengetahui
penderitaanku
Kalin memang mengerti
kesakitanku
Kalian memang memahami
perasaanku
Kalian memang belas kasihan
terhadapku

Tetapi,

Kalian bukan berada di tempatku..!!

Sang Pencerah

Wednesday, September 28, 2011

Kisah Hati Sang Pencerah


Kisah Hati Sang Pencerah

Mataku berkaca-kaca disebabkan dia
Namun dia tak perasan
Hati teriak minta dipujuk
Namun, dia tak endah

Bukan kerana dia melukai ku,
Tidak, sama sekali!!
Kerana..
Hatiku bergetar lembut dan nyaman
Setelah merasai pahit racun
Hatiku tersentuh, terharu

Biarlah,
Ku pendam sahaja rasa ini
Kerana ku tahu bahawa
Kau masih berada di sisi ku..

Walau ku tak tahu sampai kapan
Nafasku masih utuh
Dek racun yang menjalar di tubuhku

Terima kasih teman
Bahagiakan aku di saat-saat sukar
Liku-liku kehidupan yang ku lalui
Meniti usia
Akibat khilafku sendiri..

Nukilan :
Sang Pencerah

Saturday, August 13, 2011

Maafkan aku..

Assalamualaikum...

First thing first aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan..
Kaum Hawa yg di luar sana cukup puasa x..?? hehe.. Sesiapa yg follow blog aku nie, maaf di ucapkan sebab agak lama juga aku dah x update! sori!

Sudah bekerjaya, agak letih dan penat nak ngadap laptop..mata pun letih juga, selalu key-in data di office..
okey lah, xnak cakap pasal office lagi..Kerja is kerja..huhu.. biasa la, kerja ape yang xpenat kan..

ketika aku menaip entry ini, keadaanku makin pulih..sedikit demi sedikit..
ya, aku sakit..
sakit dalaman..
kerana..


baru-baru ini aku telah ditimpa kemalangan!
Kemalangan Minda!
di mana aku rasakan yang kepala aku x mampu nak menanggung derita dan dugaan yg aku alami..
aku kusut juga..
hanya air mata, menjadi peneman..

walau macam mana pun aku pasrah dengan dugaan ini..semua yg Allah beri samada pahit atau manis, semuanya ada hikmah..aku redha ya Allah..seandainya dia yang aku sayangi bukan milikku..
aku sayang dia..sungguh!
tapi aku xnak jadi anak derhaka gara-gara cinta..

aku melepaskan cinta demi mak abah dan keluarga ku..
ya Allah, berilah aku kekuatan pada bulan Ramadhan ini supaya aku kuat untuk mengharungi kehidupanku..
sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah..
maafkan aku, sayang..

Saturday, July 9, 2011

A Cute Stories

A cute stories 1

A cute stories 2

A cute stories 3

A cute stories 4

A cute stories 5

A cute stories 6

A cute stories 7


Resources : MEIBAN TECHNOLOGIES (M) SDN. BHD.
                   Team Meiban

Mungkin ada hikmah nya ..

Assalamualikum.
Nak tanya, kalau kita di uji dengan sesuatu musibah, dugaan, dan halangan, itu tandanya Allah sayang kita kan?

Lega. :)

Bukan apa, aku juga manusia. Kadang-kadang kalau kita di uji dengan masalah dan apa sahaja yang namanya dugaan, kadang-kadang kita tak tahan juga.

Tapi tak sepatutnya kita mengeluh.
Allah sedang menguji.
Tarik nafas, dan harungi ia.

GO!

perkhabaran aku..

Assalamualaikum..sudah agak lama aku tak update blog nie. Bukan tak nak update. Tapi sibuk dengan kehidupan seharian. Apa khabar kawan-kawan semua? Di harap semuanya berada dalam kehidupan yang sihat dan gembira.

Oppss..ade ayat skema aku keluar yea..? Ok lah tu.. Bertatabahasa dengan orang.. Kan manis di dengar..

Aku khabarkan bahawa aku berada dalam keadan sihat hendak Nya..
Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam lindungan Allah.. :)

Assalamualaikum..

Saturday, June 25, 2011

Talam Dua Muka Penyakit Bahaya Musnahkan Ummah

SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi merealisasikan tujuan buruk ini.

Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat, melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah al-Qalam, ayat 10-13)Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.


Di samping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas. 

Ulama bersepakat semua sifat ini antara dosa besar diharamkan Allah SWT. Ini dijelaskan Baginda SAW di dalam hadisnya bermaksud: “Sejahat-jahat makhluk di atas muka bumi ini ialah mereka yang suka menyebarkan fitnah, memutuskan hubungan kasih sayang serta mencipta permusuhan antara masyarakat”. (Hadis Riwayat Ahmad). 

Semua sifat ini dicetuskan perasaan irihati di samping menunjukkan betapa sifat amanah semakin menipis. Rasulullah SAW melintasi dua kubur lalu bersabda: “Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab kerana menyebarkan fitnah dan tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). 

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Ibnu Masud RA bahawa Baginda SAW bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu ingin aku khabarkan kepada kamu sifat merosakkan iaitu mereka yang suka menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat”. (Al-Hadis). 
Hadis lain menyebut: “Kamu akan mendapati sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah mereka yang bersifat talam dua muka.” Sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah menyebut ia adalah seburuk buruk perangai dalam komuniti umat. 

Bagi Muslim tidak berburuk sangka terhadap saudara seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka menutup keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Janganlah kita terlalu cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar. 

Ulama feqah terkenal iaitu Imam Laith Bin Saad pernah didatangi seorang lalu berkata: “Wahai Imam, seseorang menyebut mengenaimu begitu dan begini...lalu dijawab Imam: “Mohonlah keampunan daripada Allah SWT untuknya.” 

Seorang ulama sufi bernama Abd Wahab Munabbih mendengar berita daripada pemuda lalu beliau menjawab: “Apakah tiada syaitan lain yang menjadi posmen selain kamu”? Berapa ramai mereka yang tidak bersalah dihukum. Mereka yang baik telah dizalimi. Harta dirampas. Terputus hubungan ibu dan anaknya. Pasangan ideal dengan tunangnya. Semuanya gara-gara penyebar berita palsu. 

Oleh itu, jalan selamat ialah bersikap mendiamkan diri dan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-sama menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan ke jalan yang diredai Allah SWT. 



Sumber dari: BERITA ONLINE

Wednesday, June 22, 2011

beberapa detik..

semenjak..
dan semenjak..
semenjak itu..

kemudian..
semenjak..
2 menjak..
3 menjak..
4 menjak..
5 menjak..
6 menjak..
7 menjak..














aku sudah lama tidak bersajak..












sajak..
pantun..
gurindam..



arh, semua lah!!










sekian ..
Terima kasih.. :)

Tuesday, June 7, 2011

Meiban Technologies (M)

Assalamualaikum..hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan semua..
alhamdulillah..hari ini 7 Jun 2011, hari pertama saya bekerja..
di Meiban Technologies..sebagai Engineering Assistant..okey lah tu.. :) sebagai permulaan untuk mencapai sesuatu yang besar..

tahniah kepada Nursyuhada binti Sa'adon!!
tapi jangan mudah leka, perjalanan anda bukan setakat ini sahaja!!
berusaha dan terus berusaha.. ingat pesan mak dan abah..
jangan leka.. sembahyang jangan tinggal..
jangan hanya mengaji al-Quran tetapi mengkaji..
mudah-mudahan hidupmu bersinar kelak..
dunia dan akhirat..
AMIN..

setiap officer yang bekerja di kilang ini akan dibekalkan dengan access card

my own workplace..
snap gambar time line clear!! hihi..

hari ini orientation..agak penat..dan muka lesu..
sorry..

snap!!snap!!

bekerja..bergaji..
Sekian, terima kasih..
Assalamualaikum..

Saturday, June 4, 2011

Job Application : Selepas

"Sesungguhnya kejayaan milik manusia yang sabar.."

Itulah ucapan aku di laman sosial terkenal iaitu Facebook.  Selepas aku mendapat tahu aku pass dalam exam Law dan pass dalam praktikal di KEJORA dengan 'flying colours'

Sampai saat ini, Meiban xde pulak telefon aku untuk start kerja.  Ini yang membuatkan aku bertambah stress.  Begitu juga yang lain.
Kak Yati, stress.
Kak Ina, stress.
Aku, STRESS.

2 Jun 2011 jam 11:37 a.m.
Meiban missed call aku.  Tapi aku rasa calling, tapi aku tak dapat angkat pulak.  Sebab time tu, aku tengah mandi.
Tiba-tiba aku berasa cemas.
Kak Yati juga cemas.

Di talian:  Hello, ini Nursyuhada binti Sa'adon yea..? Kami dari Human Resource Meiban Technologies.  Tahniah, anda di terima masuk bekerja pada 7 Jun nanti.  Sila sediakan akaun Public Bank."

Huhu.  Hati ini sudah mula berbunga-bunga.  Nampak macam bahasa komputer.  Ya, aku cuba meringkaskan cerita.  Gaji yang dapat pon, alhamdulillah.  Standarad diploma, tak apa lah, ini baru permulaan.

Aku, Kak Yati, dan Kak Ina menarik nafas lega.  Terima kasih Kak Ina  kerana transferring call aku ke bahagian HR Meiban.

Terima kasih sekali lagi,
Syukur, alhamdulillah.

Job Application : Semasa

Sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu.  Sungguh!  Penantian itu suatu benda yang menyeksakan.  Ya, memang menyeksakan, ketika sampai di Human Resource Department Meiban Technologies, aku dikehendaki mengisi borang "Job Application".

Then, aku di minta untuk tunggu sehingga pukul 4:00 petang.
Huh, kene tunggu lagi!
Mood tika itu : Penantian satu penyeksaan

Tak sampai pukul 4:00 petang pon.  Lebih kurang dalam 2:30 Mrs. Lim datang ke lobi untuk meng-interview aku.  Mrs. Lim seorang wanita cina yang sangat strict dalam interview.  And last sekali dia cakap " You do not have any experience, and sorry we cannot accept you."
Mood : Sedih nyer..

Then, aku bergegas keluar, aku menceritakan semua yang berlaku kepada Kak Ina.  Then, Kak Ina call leader lain untuk dapatkan kerja untuk aku, dan seorang leader tu berminat untuk interview aku.  Kak Ina dah cakap awal-awal, " Mr. Dhilip, she is did not have any experience yet, because she comes from fresh graduate."
Mr. Dhilip, " It's okey, just bring her to be interviewing.  Is she have any higher certificate?"
Kak Ina, " Yes, she comes from Diploma in Office Management and Technology."
Mr. Dhilip, " Great, asked her to come and see me."

Okey lah, aku ringkaskan ceritalah kat sini yea.  Aku jumpa Mr. Dhilip untuk di interview dengan beliau.  Beliau sorang lelaki berbangsa India.  Setelah dia melihat resume aku dan sijil-sijil yang aku ada, dia berasa agak puas hati dan menerima aku bekerja di kilang tersebut.

Engineering Assistant @ Pembantu Enginier
Alhamdulillah.

Tapi Mr. Dhilip dah bagitau aku awal-awal sebagai  EA. aku tak boleh balik awal-awal dan sharp pukul 6:00 petang macam officer yang lain.  Aku kene keluar lambat, senang cerita aku kene overtime (OT) untuk menyemak perjalanan semua mesin dalam kilang ini.
Gulp! Aku menelan air liur.
Dengan confidentnya aku menjawab, " It is okey, Mr. Dhilip, that was my responsibility." 
Agak terketar-ketar jugak aku menjawab nyer guna bahasa penjajah tu.  Huhu..

Yelah, sudah hampir sebulan lebih kot aku tinggalkan zaman pembelajaran aku di Kolej INSTEDT, Bandar Penawar.  Setelah pass dalam Industrial Training (praktikel) dan Principle Corporate Compliance ( subjek Law) dengan jayanya.  Bukan nak bangga ke apa, sekadar nak berkongsi kegembiraan bersama teman-teman semua.  Actually semester lepas aku repeat paper untuk subjek Law.  Dan masuk ni, kali ke-2 la aku ambil paper nie.  Ya, kegagalan adalah guru kepada kejayaan.  Mark my word!

Then, Mr. Dhilip tanya aku soalan cepu emas.  Fuh, direct je dia lontarkan soalan itu ya!
Mr. Dhilip, " Kalau you dah dah balik rumah, then office call you and need your help because there have an emergency cases.  Mesin rosak ke, mesin jammed ke, and we needed your help, can you come here ASAP?"
Adeh, dalam banyak-banyak soalan kenapalah dia tanya soalan macam ini.  Huhu, nama pun soalan cepu emas kan.  

Dan aku berpura-pura tenang lagi sekali, "Ya, saya akan datang ke office semula ASAP."
Mr. Dhilip," How?
Aku," Saya ada lesen motor dan kereta.  Abang saya ade kereta dan saya boleh drive sendiri."
Mr. Dhilip," Okey, we will see it." sambil tersenyum.

Aku sebenarnya main jawab aje.  Bak kata pepatah budak-budak kolej aku dulu, "jawab salah tak ape, yang penting confident!" Entah pepatah mana dia orang cekup tu, sampai aku pun terikut-ikut.
Kita kena yakin bila saat-saat genting macam ini. lagi-lagi bila dapat soalan cepu emas macam ini.  Huhu.

InsyaAllah aku akan tunaikan apa-apa sahaja yang telah terukir dalam borang Job Application dan juga resume aku.

Aku bermohon kepada Ya Rabbi, Tuhan penciptaa sekalian makhluk untuk memudahkan kerja aku.

Yang aku jawab tadi pun, bukan jawab kosong untuk lepaskan dapat kerja semata-mata.  Tetapi jawap dengan penuh dengan cita-cita tinggi, berpandangan luas dan jauh, dan juga penuh dengan azam yang kukuh dengan izin Allah.  Berbekalkan tawakal ayat-ayat al-Quran, usaha tangga kejayaan.

Selepas ini, bermulalah abang aku men-training aku drive kereta.  Lesen memang dah ada.  Cuma tinggal nak mantapkan driving skill yang ada.  Bukan lesen L bukan lesen P, tapi lesen penuh.  Alhamdullih selepas pass JPJ yang ke-2 .  Hehe.  Test JPJ yang pertama kereta terberhenti time 3 pointer test.  Bukan aku yang matikan kereta.  Nak buat macam mana, tak ada rezeki pada test yang pertama, hehe..  Tapi. tak ape, slow-slow, jangan gopoh-gopoh buat sesuatu perkara.  Allah tau..dan Allah lagi Maha Mengetahui..

Selepas selesai di interview dengan Mr. Dhilip, aku kembali ke reception untuk bertemu dengan Kak Ina.  Sebagai reception, Kak Ina tak boleh tinggalkan workplace sesuka hati.  Kak Ina boleh tolong dari jauh aje.  Tapi, okey lah. (^_^)

Aku menceritakan pengalaman aku di interview Mr. Dhilip pada Kak Ina.  Kak Ina kata Mr. Dhilip tu okey, dia memang memerlukan manpower pun.

Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada ku kali ini..
Allah tau..

kita sambung lagi di next entry yea?

Job Application : Sebelum

Hari ini, 30 Mei 2011 aku pergi interview di Meiban Technologies.  Kilang yang agak 1st time jugak aku dengar.  Atas sokongan Kak Yati aku, aku pun setuju untuk di interview oleh company tersebut Isnin nanti, manalah tau boleh dapat kerje ke, boleh lah terus kerja kan.

Kak Ina, rakan baik Kak Yati juga berusaha untuk menolong aku untuk mendapatkan kerja.  Tugasnya sebagai penjaga reception di Meiban memudahkan aku untuk berhubung di kawasan sekitar-sekitar kilang tersebut.

Berbekalkan doa restu emak..dan abah aku melangkah keluar dari rumah akak.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, aku menaiki kereta.  Aku berlagak tenang.  Realitinya, aku berdebar-debar.  Ya, aku kerisauan, takut dan bercampur-baur.

Kak Ina dan Kak Ewa menenangkan aku di dalam kereta.  Terima kasih kakak-kakak sekalian.  Berada di samping aku dan menemankan aku di kala aku dalam kesusahan.

Kak Ewa, antara salah seorang kerani di kilang tersebut, tidak lupa untuk memberikan semangat kepada ku.

Terima Kasih..!!

kita sambung next entry lah?

Saturday, May 28, 2011

Wuduk

Assalamualaikum..entry kali nie saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang wuduk dalam kehidupan seharian kita..
Semoga ilmu yang disampaikan ini menjadi amalan dan menjadi pahala jika di sampai-sampaikan..

Berwuduk merupakan salah satu ibadat dalam Islam..
Setiap mukmin semestinya setiap hari akan berwuduk sebelum solat..
Kerana tanpanya solat akan jadi sia-sia..
berwuduk mempunyai banyak kelebihan..
Antaranya ialah dosa-dosa dihapuskan..


Maksud hadis:
“Barangsiapa berwuduk dan membaguskan wuduknya, maka kesalahan-kesalahannya keluar dari tubuhnya hingga keluar dari bawah kuku-kukunya”
( Imam Muslim)


Mari kita semak sama-sama tertib wuduk..


wuduk dengan sempurna dapat menghapuskan dosa..


1. Ketika berkumur-kumur berniatlah dengan membaca,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.."

*Setiap hari kita akan bercakap..
Ya, memang manusia dikurniakan lidah dan mulut untuk bercakap..
Tapi, tidak semua benda yang kita utarakan itu perkara yang benar-benar berfaedah dan bermanfaat kepada kita dan juga orang lain..
Ada kala lisan menjadi tajam, kemudian ada hati yang tercarik..
Lisan menjadi punca..
Punca dosa..

2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak.
dan Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.."

*Ahli syurga mukanya putih berseri-seri..

Ahli neraka pula sebaliknya..
Nauzubillah..
Sempat-sempatkanlah diri kita untuk berdoa..
Berdoa ketika wuduk..
Sebelum menghadap Allah..
Pencipta diri kamu dan aku..

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini.."

*Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan..
Hisab yang di maksudkan adalah "buku amalan" kita..

Allah telah menyediakan "buku amalan" kepada setiap manusia..
Allah telah mencipta malaikat kanan dan kiri..
Untuk kita..
Malaikat Raqid (mencatat amalan baik) dan Malaikat Atit (mencatat amalan baik)..

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini.."


*Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri..
Berdoalah..
Semoga kita dijauhkan dari menerima hisab dari tangan kiri..

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu.."

*Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala..

Di sana..
Kita tiada siapa-siapa..
Kita keseorangan..
yang tinggal hanyalah..
Amalan..
Pahala..

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"


*Hari-hari kita bercakap..
dan..
Hari-hari kita mendengar..
Samada perkara baik atau pun perkara buruk..
Bermohon ampun kepada Allah supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.




"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


*Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

Subhanallah..!!

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,




"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan
bukan tempat-tempat maksiat"

*Qada' dan Qadar kita di tangan Allah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka yang mengubah diri mereka terlebih dahulu.."

Selepas kita selesai mengambil wuduk..marilah membaca doa selepas wuduk..
Mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati..

doa selepas wuduk..

Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..entry nie ditulis pada waktu malam..nie kakak ipar saya punyer kerje la nie..sbb dia lah yg watkan saya xboleh tidur nie..huhu..mnum Nestlo panas secawan..
Anyway, thanks Kak Yati!! I got new idea to write here!!

Kalau nak ikotkan kalender, Hari Ibu mmg da lepas..

tapi...

pada saya, Hari Ibu adalah SETIAP HARI..
oleh itu, sambutlah Hari Ibu setiap hari bukan setahun sekali..
hormati kedua ibu dan bapa kita..
sambutlah mereka balik dari kerja..
dengan memberi minuman air sebagai penghilang dahaga...
atau pun membuka pintu utk mereka..
atau pun sambut mereka balik dengan senyuman..
salam..cium tangan mereka!!
dengan penuh kasih sayang..
kerana tanpa mereka, siapalah kita di muka bumi ini..



Alhamdulillah...
Terima kasih Allah..
Syukurlah..

kerana kita dikurniakan kedua ibu bapa yang sangat-sangat menyayangi kita..

SUBHANALLAH!!!

Sunday, May 15, 2011

Darah Babi & Arak dalam Rokok


Darah Babi & Arak dalam Rokok
Haji Rahim Giat Usaha Sedarkan Masyarakat
I LUV ISLAM (Bil. 61)
*untuk perkongsian ilmu..



Rokok adalah ciptaan berteknologi tinggi musuh-musuh Allah (jaringan kapitalis Yahudi) bagi menjana keuntungan mega-ekonomi dalam masa yang sama berupaya merosak, menipu dan menjadikan manusia “hamba produk” mereka khususnya umat Islam.

SOALAN  :  Jelaskan secara ringkas mengenai kajian tentang rokok yang saudara jalankan dan perkembangannya setakat ini?

JAWAPAN  :  Kajian ke atas rokok dan ciptaan produk “PenawaRokok” saya bermula pada 2003 manakala program percubaan/praktikal “Memotivasi-Merawat Perokok” sentiasa dijalankan di sini mengikut susunan/keperluan termasuk di beberapa kawasan sekitar Indonesia.  Kajian masih diteruskan dan kini saya sedang menumpukan pada kursus-kursus kesedaran motivasi-rawatan-spiritual untuk perokok.  Saya juga dalam usaha menubuhkana gabungan berpasukan ke arah usaha mengurangi dan menghentikan tabiat merokok kalangan masyarakat.

SOALAN  :  Apa agaknyaa dorongan yang menggerak saudara berterusan dalam menjalankan kajian ini?

JAWAPAN  :  Ia bermula dengan melihat tabiat perokok serta sikap tidak peduli orang sekeliling yang ada bersama perokok.  Tambahan pula apabila kajian yang dilakukan mendapati, isi kandungan rokok dicemari bahan tidak halal serta boleh membawa kepada kemudaratan.  Menurut Sheikh Abdul Qodir Mahmud, rokok adalah “arak kering”.  Arak adalah ibu segala maksiat menurut hadith Nabi S.A.W.  ini memotivasikan saya hingga dipermudahkan Allah SWT untuk menjalankan kajian serta mencipta ubat PenawaRokok (masih dalam penambahbaikan).

SOALAN  :  Berapa lama masa yang di ambil dalam melakukan kajian ini?

JAWAPAN  :  Saya telah lakukan kajian ini hampir 8 tahun secara persendirian.  Alhamdulillah perundingan semasa dengan pihak-pihak yang prihatin seperti Yayasan Selangor, NGO dan sebagainya telah mula mendapat sambutan.  Beberapa pertubuhan NGO lain dan Kelab Sahabat perokok Al-Ansar serta persatuan Community Motivation & Healing Service masih dalam rundingan untuk terlibat dengan usaha yang sedang saya lakukan ini.

SOALAN  :  Boleh terangakan mengenai hasil penemuan kajian yang mungkin boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya menghisap rokok?

JAWAPAN  :  Rokok adalah kombinansi hebat ciptaan sains mengandungi nikotin (dari tembakau), 4000 kimia beracun, darah babi, arak dan lain-lain bahan.  Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney, Australia pernah membuat pendedahan mengejutkan (Berita Harian:  1 April 2010) terhadap kajian seorang wanita muda, saintis Belanda dalam bukunya PIG 05049.  Kajian 3 tahun menjejaki dan menemukan 187 produk-produk yang dihasilkan daripada seekor babi yang bernombor tindek-telinga 05049.  Salah satunya adalah penemuan sel darah merah (Hemoglobin) babi dalam penapis (filter) rokok selain itu juga dalam vaksin (suntikan) perubatan.

SOALAN  :  Apa itu rokok sebenarnya?

JAWAPAN  :  Rokok adalah satu isu agak sensitif dan kompleks (ada rahsia dalam rahsia) yang dicetus oleh penciptanya yang “bijak menipu”.  Ia menimbulkan banyak kekeliruan (akibat kecetakan ilmu pengetahuan dalam agama, fatwa dan lain-lain mengenainya).  Ia menggugat kesihatana dan kestabilan dan keharmonian keluarga muslim.  Misalnya masalah remaja yang kini tidak terkawal dan penyebab penyakit-penyakit kronik.

SOALAN  :  Mengapa bilangan perokok terus bertambah sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan?

JAWAPAN  :  Kelemahan penguatkuasa pemantau, kekurangan program kesedaran dan motivasi merawat perokok.  Minda Lama, Lemah Sifat Berkasih adalah antara sumbangan kepada pertambahan bilangan perokok.  Kempen  atau dakwah adalah baik tetapi berdosa jika tidak disertakan dengan rawatan.  Program rawatan sekarang adalah atas kesedaran perokok sendiri manakala galakan memerlukan kepada usaha mendampingi perokok dan ahli bersamanya.  Bahaya merokok ramai telah tahu tentangnya.  Sebenarnya bukan sahaja perokok yang merokok.  Kitapun merokok tetapi melalui hidu atau masuknya asap rokok melalui lubang hidung, telinga dan peluh!

SOALAN  :  Bagaimana kuasa merokok itu mampu mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran seseorang ke arah gejala negatif?

JAWAPAN  :  Pelbagai kategori perokok yang tingkahlaku dan pemikirannya dipengaruhi rokok.  Sama ada dewasa, warga emas, remaja dan budak-budak sekolah.  Yang paling membimbangkan adalah remaja kerana banyak kes-kes juvana hari ini mendapati berpunca daripada kesan negatif merokok.  Apabila merokok, seseorang itu akan berubah sikap dan kelakuan keranan mudah mengikut nafsu akal.

SOALAN  :  Adakah kaedah terbaik dan paling berkesan untuk membantu perokok mengurangkan ketagihan seterusnya berhenti merokok?

JAWAPAN  :  Ia bergantung kepada perokok itu sendiri.  Paling utama ialah “niat mahu berhenti rokok kerana Allah” bukan sebab lain.  Doa mohon dipermudahkanNya, ketahui apa itu rokok sebenarnya dan akibat daripada tabiat itu.  Selain itu rawatlah diri secara bersungguh-sungguh dengan amalan spiritual dan gunakan produk ubatan yang boleh mengubati ketagihan tersebut.

SOALAN  :  Komen saudara mengenai kesedaran umat Islam tentang isu ini?

JAWAPAN  :  Sebenarnya masyarakat Islam masih kurang kesedaran serta cetek pengetahuan mengenai isu ini berbanding masyarakat barat seperti US.  Mereka di sana lebih prihatin malah sampai tahap memerangi syarikat-syarikat gergasi rokok dengan kempen anti-merokok.  Malah Presiden Barack Hussein Obama sendiri sudah setahun berhenti merokok.  Saya kira, sudah tiba masanya umat Islam merubah minda dan perlu bersama-sama dalam gerakan mengurangkan dan menghentikan tabiat merokok ini.

SOALAN  :  Nasihat kepada perokok di luar sana?

JAWAPAN  :  Jadilah perokok yang bijak membuat keputusan untuk menyuci diri tanpa perlu berlengah lagi.  Mengurangi apatah lagi berhenti merokok memang agak sukar.  Tetapi pada peringkat permulaan sahaja, pasang niat “Buat kerana Allah”.  Ketahuilah, kandungan dalam rokok yang dicemari bahan-bahan tidak halal berupaya menjauhkan diri kita dari Pencipta.  

**Perbualan yang berlaku adalah antara sidang I LUV ISLAM dan Haji Rahim.

Berdoalah..Bermohon kepadaKu..Nescaya AKU akan perkenankan..

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

pertemuan kita pada kali ini, saya ingin berkongsikan kepada sahabat-sahabat semua tentang doa..
dalam hadith ada mengatakan, " Berdoalah dan bermohon kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan.."
dalam hadith tersebut jelas mengatakan, sebagai hambaNya kita perlu meminta-minta dan berdoa kepada Allah.. Allah sangat membenci orang-orang yang sombong dan takbur yang tidak mahu bermohon kepadaNya..
Doa yang saya ingin kongsikan pendek dan mudah..

DOA NABI YUNUS




لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak


DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU.

KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH..


INSYA'ALLAH..

TAWAKKAL..

BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI..

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..

Rajin-rajinlah membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir, sesiapa yg susah hati, dan terkena buatan atau apa penyakit sekalipun..

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

(Surah Anbiya)
Barakallah..

Thursday, May 12, 2011

tips untuk memotong KUKU

Assalamualaikum..rasenye agak lame saya x meng-update blog nie..hehe..

hari ini hari Khamis..umat Islam di sunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat..
Kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang tips atau cara untuk memotong kuku..
erm..bunyi nyer agak remeh dan enteng..dan mungkin ramai yang dah tau tentang tips ini..tapi x mengapalah..tugas kita sebagai manusia di muka bumi ini di beri tanggungjawab oleh Allah Taala untuk menjadi khalifah di muka bumi..

" Berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan.. "

Tips untuk memotong kuku:-

1.) Sediakan penyepit kuku/ pengetip kuku yang tajam.
*Penyepit kuku yang tumpul akan membuat kuku kita tidak rata dan potongan kuku akan menjadi tajam.  Selain itu, permukaan kuku yang tidak habis di potong sangat memudaratkan, dan mungkin boleh menyababkan penyakit cagu. Iaitu kuku yang tersepit di antara daging di bahagian jari.

2.) Sebelum memotong kuku, cuci tangan terlebih dahulu bersih-bersih.  Untuk langkah yang terbaik rendamkam tangan anda dalam air selama 15 hingga 20 minit untuk proses memotong kuku. Lap kuku anda sehingga kering dan sedia untuk memotong kuku.
* Apabila kita merendam tangan kita di dalam air, kuku kita akan menjadi lembut dan mudah untuk di potong.  Kuku kita tidak akan bertaburan semasa di potong ketika ia dalam keadaan lembab basah.

3.) Potong kuku kita mengikut lawah arah jam. Mulakan dengan jari telunjuk kanan, jari tengah, jari manis, dan jari kelingking. Kemudian di ikuti dengan jari kelingking kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk, diikuti dengan ibu jari kiri dan di akhiri dengan ibu jari kanan.
* Kita di sunatkan untuk mengamalkan memotong kuku mengikut lawan arah putaran jam.
* Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. [ KLIK ]
** Adab untuk memotong kuku jari kaki tertera pada image tersebut.

4.) Selepas anda habis memotong kuku, kutip kuku anda dan buang lah ia ke atas tanah.
* Untuk menjaga kesuburan kuku kita.  Sama juga dengan rambut, tanam atau buang rambut di atas tanah untuk menjaga kesuburan rambut kita.  Manusia berasal dari tanah, dan tanah jua lah yang menjadi tempat persemadian kita kelak.

5.) Jangan potong kuku pada waktu malam.
* Betul atau tidak? Menngikut kajian sains, waktu malam adalah waktu tubuh badan, mata, otak untuk berehat. Oleh itu, bila kita potong kuku pada waktu malam akan menggangu waktu rehat kuku kita. (^_^)

Barakallah..

selamat beramal.. (^_^)

Thursday, April 28, 2011

anti-clockwise dan KUKU

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat (entry ini ditulis pada hari Jumaat [^_+] yea kawan-kawan ) ..bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita masih lagi berkesempatan untuk bersua..
Di pagi Jummat yang mulia ini, saya ingin berkongsi gengan sahabat-sahabat semua tentang anti-clockwise dan KUKU..

apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan anti-clockwise..?

Baiklah, mari kita kaji satu persatu..

  1. Bile kita sebut perkataan "anti" bermaksud vice versa @ sebaliknya.
  2. Time zaman-zaman sekolah menengah dulu kita belajar Matematik. Cikgu cakap anti-clockwise tu lawan arah jam. Cikgu, cakap kalau keluar soalan macam tu kena faham dulu, baru jawab.
  3. Kalau jawab soalan transformation, anti-clockwise untuk 180° akan menjadi -180°.. huhu..ni refresh balik nie ape yang belajar time sekolah menengah.. :)
  4. Selain itu, sila sambung pembacaan anda di blog saya. ^_+
Then, mari kita kaji tentang KUKU..

  1. Ada tak di antara kita yang suka sangat gigit kuku..? Mesti ada kan..? dan gigit kuku nie dah jadik macam habit dalam kehidupan seharian.
  2. Sebenarnya tak elok gigit kuku tau, kawan-kawan. Mengikut kajian Sains, gigit kuku dapat membantutkan perkembangan kuku kita. Selain itu, gigi kita sendiri terdedah dengan kuman. Punca penyakit adalah dari kuman. Dalam Islam pula, menggigit kuku boleh membuatkan kita sukar mencari rezeki. Sila klik SINI.

ISLAM dan Kemudahan

Islam itu mudah, Islam memudahkan umatnya untuk beribadah kepadaNya dengan mudah. Setiap perbuatan (amalan)  hendaklah di niatkan Lillahi Taala.

Kaitan antara ISLAM dan clockwise

  • "...apabila membancuh sebarang minuman ataupun makanan, hendaklah dikacau mengikut arah putaran lawan jam..."
 [ PERHATIKANLAH, PUTARAN TAWAF KAABAH, PUTARAN BUMI, PUTARAN CAKERAWALA, PUTARAN ARUS ELEKTRIK & BANYAK LAGI, SEMUANYA PUTARAN LAWAN JAM ]

1. sebagai contoh yang benar-benar berlaku. Ketika itu saya menolong mak buat kek. Telur, tepung, gula dan margerin perlu dikacau sehingga sebati. Mak menyuruh saya untuk kacau ke semua bahan-bahan itu. Lalu, saya teringat kata-kata ustaz supaya kacau minuman, makanan mengikut arah lawan jam dapat mencerdaskan minda. Kemudian, saya pun ikutlah kata-kata ustaz. Setelah kek telah siap di masak, rasa kek itu BERBEZA. Rasanya sangat sedap jika nak dibandingkan kacau bahan-bahan dengan putaran yang biasa(kanan ke kiri). Subhanallah..

Nampak kan..? kita ikut sunnah, masak kek yang simple-simple pun jadik sedap dan enak.

2.  Contoh yang kedua, cuba tulis angka 8, sekarang!
Perhatikan cara anda menulis angka 8..
mula dari kanan ke kiri ATAU kiri ke kanan..??
mana arah lawan jam..??

 (^_+)

Kanan ke kiri la kawan-kawan ..

3.  Contoh yang ketiga pula. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita seharusnya berasa bangga dengan gaya sistem tulisan kita. Kerana Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang menggunakan 2 Sistem Tulisan iaitu Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Marilah kita sama-sama memartabatkan Tulisan Jawi..
Hebat kan..
Tulisan Jawi juga menggunakan anti-clockwise. Iaitu dari kanan ke kiri.

Maha Suci Allah..sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui setiap kejadian alam ini.



"...bila hendak memotong kuku tangan, mulailah dgn jari telunjuk tangan kanan seterusnya jari tengah, jari manis, jari kelingking, kemudian sambung dgn jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari dan diakhiri dgn ibu jari tangan kanan..."

"...bila hendak memotong kuku kaki pula, mulailah dgn memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan, seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dgn kuku jari kelingking kaki kiri..."
[ BERNIAT MENCONTOHI RASULULLAH S.A.W, SUNAT DIPOTONG KUKU PADA HARI ISNIN, KHAMIS & JUMAAT ] 

Barakallah..