Thursday, April 28, 2011

anti-clockwise dan KUKU

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat (entry ini ditulis pada hari Jumaat [^_+] yea kawan-kawan ) ..bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita masih lagi berkesempatan untuk bersua..
Di pagi Jummat yang mulia ini, saya ingin berkongsi gengan sahabat-sahabat semua tentang anti-clockwise dan KUKU..

apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan anti-clockwise..?

Baiklah, mari kita kaji satu persatu..

  1. Bile kita sebut perkataan "anti" bermaksud vice versa @ sebaliknya.
  2. Time zaman-zaman sekolah menengah dulu kita belajar Matematik. Cikgu cakap anti-clockwise tu lawan arah jam. Cikgu, cakap kalau keluar soalan macam tu kena faham dulu, baru jawab.
  3. Kalau jawab soalan transformation, anti-clockwise untuk 180° akan menjadi -180°.. huhu..ni refresh balik nie ape yang belajar time sekolah menengah.. :)
  4. Selain itu, sila sambung pembacaan anda di blog saya. ^_+
Then, mari kita kaji tentang KUKU..

  1. Ada tak di antara kita yang suka sangat gigit kuku..? Mesti ada kan..? dan gigit kuku nie dah jadik macam habit dalam kehidupan seharian.
  2. Sebenarnya tak elok gigit kuku tau, kawan-kawan. Mengikut kajian Sains, gigit kuku dapat membantutkan perkembangan kuku kita. Selain itu, gigi kita sendiri terdedah dengan kuman. Punca penyakit adalah dari kuman. Dalam Islam pula, menggigit kuku boleh membuatkan kita sukar mencari rezeki. Sila klik SINI.

ISLAM dan Kemudahan

Islam itu mudah, Islam memudahkan umatnya untuk beribadah kepadaNya dengan mudah. Setiap perbuatan (amalan)  hendaklah di niatkan Lillahi Taala.

Kaitan antara ISLAM dan clockwise

  • "...apabila membancuh sebarang minuman ataupun makanan, hendaklah dikacau mengikut arah putaran lawan jam..."
 [ PERHATIKANLAH, PUTARAN TAWAF KAABAH, PUTARAN BUMI, PUTARAN CAKERAWALA, PUTARAN ARUS ELEKTRIK & BANYAK LAGI, SEMUANYA PUTARAN LAWAN JAM ]

1. sebagai contoh yang benar-benar berlaku. Ketika itu saya menolong mak buat kek. Telur, tepung, gula dan margerin perlu dikacau sehingga sebati. Mak menyuruh saya untuk kacau ke semua bahan-bahan itu. Lalu, saya teringat kata-kata ustaz supaya kacau minuman, makanan mengikut arah lawan jam dapat mencerdaskan minda. Kemudian, saya pun ikutlah kata-kata ustaz. Setelah kek telah siap di masak, rasa kek itu BERBEZA. Rasanya sangat sedap jika nak dibandingkan kacau bahan-bahan dengan putaran yang biasa(kanan ke kiri). Subhanallah..

Nampak kan..? kita ikut sunnah, masak kek yang simple-simple pun jadik sedap dan enak.

2.  Contoh yang kedua, cuba tulis angka 8, sekarang!
Perhatikan cara anda menulis angka 8..
mula dari kanan ke kiri ATAU kiri ke kanan..??
mana arah lawan jam..??

 (^_+)

Kanan ke kiri la kawan-kawan ..

3.  Contoh yang ketiga pula. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita seharusnya berasa bangga dengan gaya sistem tulisan kita. Kerana Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang menggunakan 2 Sistem Tulisan iaitu Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Marilah kita sama-sama memartabatkan Tulisan Jawi..
Hebat kan..
Tulisan Jawi juga menggunakan anti-clockwise. Iaitu dari kanan ke kiri.

Maha Suci Allah..sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui setiap kejadian alam ini.



"...bila hendak memotong kuku tangan, mulailah dgn jari telunjuk tangan kanan seterusnya jari tengah, jari manis, jari kelingking, kemudian sambung dgn jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari dan diakhiri dgn ibu jari tangan kanan..."

"...bila hendak memotong kuku kaki pula, mulailah dgn memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan, seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dgn kuku jari kelingking kaki kiri..."
[ BERNIAT MENCONTOHI RASULULLAH S.A.W, SUNAT DIPOTONG KUKU PADA HARI ISNIN, KHAMIS & JUMAAT ] 

Barakallah..

Tuesday, April 26, 2011

Berhati-hatilah Memilih Makanan | Kegunaan Khinzir |

Assalamualaikum sahabat, rakan, kawan-kawan semua..

hari ini..saya nak sharing kepada semua tentang babi..
dalam Islam, menyentuh babi hukum  nya HARAM..kerana dalam tubuh badan babi terdapat KUMAN yang tidak akan mati, walaupun dibakar..

orang-orang kafirun menggunakan bahagian-bahagian babi untuk penggunaan DOMESTIK mereka! perhatikan kegunaan setiap bahagian babi pada image ini..


klik image utk gambaran jelas

oleh itu, berhati-hati dalam memilih makanan..pastikan makanan dan minuman yg kita ambil halal, dan bukan setakat halal pada cop dan nama sahaja.. kene pastikan juga kehalalan dari segi ramuan, bahan-bahan, dan kandungannya..

kadang-kadang kita sebagai manusia lupa..kita selalu fikir makanan itu sedap, dan kita makan seenak nya.. padahal dalam hadith ada mengatakan "Mencari yang HALAL itu adalah FARDHU (wajib) "


"Setiap apa yang dijadikan Allah itu sememangnya mempunyai kegunaannya. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui.."


sharing is caring...
entry ini khas untuk semua..semoga menjadi kesedaran untuk kite semua..
dan berhati-hatilah memilih makanan..

Friday, April 22, 2011

Roti canai ikan goreng

zaman makin maju..so, menu-menu makanan semakin canggih dan kreatif.. :) hari ini, 22 April saya ada terbaca Harian Metro berkenaan dengan makanan yang agak popular iaitu, roti canai..memang feveret saya la..tapi selalunye makan dengan kuah kari, kuah sambal, cicah susu ke, xpun cicah dengan bawang sirap..hurm! rasenye memang sedap!

Tapi saya lagi suka kalau mak saya yg buat..roti nye lembut..hehe..
tadi time bace Metro ade 1 tajuk ni sangat menarik iaitu, "Roti canai ikan goreng" .. bunyi macam pelik..tapi cam sedap kan..? tuan punyer kedai nie orang Jasin, Melaka..nak try, g lah kat sane..saya pon belum try lagi..macam best je kalau dapat try sekarang..tengok gambar cam biasa-biasa je roti canai nyer..tapi detail pasal surat khabar nie yg buatkan saya tertarik..

Rohaizah Mat Diah (tuan punyer kedai) berkata " Dia mula menyediakan hidangan sebagai ganti kepada kuah untuk roti canai selepas ada permintaan daripada pelanggan yang kebetulan membawa sekali ikan mentah. Katanya, sejak itu dia terus menjadikan hidangan ikan berkenaan sebagai pilihan kepada pelanggannya yang mahu citarasa berbeza berbanding tempat lain yang lazimnya menyediakan daging lembu, kambing atau ayam dengan pelbagai masakan sebagai pilihan menggantikan kuah."

"Saya tidak sangka menu tambahan disediakan ini mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat. Malah, bagi orang luar yang pertama kali melihat pelanggan tetapnya membuat tempahan ikan, mereka juga pasti mahu mencubanya."

ini lah akhbar yg saya maksud kan..
pelanggan mereka berkata, " dia mula menggemari menu itu sejak dulu lagi kerana ikan segar yang digoreng itu enak dan isinya rasa manis."

"Memang menu disediakan berbeza dan sebab itulah saya lebih berminat bersarapan di kedai ini."


Wednesday, April 20, 2011

siapakah aku??

Jika di katakan kepada ku:

"Adah, awak seorang yang baik"
saya akan jawab "TIDAK" smbil tersenyum..
"Adah, awk seorang yang sangat jahat "
saya akan jawab "TIDAK" sambil tersenyum..
"Adah, jadi siapa kah awak?"
ITU adalah HAK kalian utk MENILAI aku, dan lebih elok kalian bertanya kepada yang MENCIPTA aku & kamu, "SIAPA SEBENARNYA AKU"

Pemandangan laut Tambak Pontian..
damai..
tenang..

Tuesday, April 19, 2011

ini, kisah Praktikel punyer cerita

hari ni hari yang sangat mendebarkan. Agak mendebarkan jugak la. Sebab nyer aku kene present untuk Industrial Training. Pastu kene hantar report.  Actually praktikal pun belum habis, oleh kerana aku masuk lambat, so habis pun lambat la.  Tapi kene present on that day sama-sama dengan 1st group praktikel yg lain.


so..


dengan ini..


dan hari ini..


Perhitungan..
























































alhamdulillah...
selepas habis presentation je, aku rasa lega sangat-sangat. Sebab dah habis. :)
Report, log book, evaluation form semua dah hantar. Pasni tunggu  carry mark ajer Ya Allah permudahkan aku ya Allah..sesungguhnyer aku sangat la takut.. ya Allah..




Adah, kak Ida, Miss Yaya, Syafiq, Aika, Ita, Leen, Olen n Peroz

pas habis je, kami bersalaman dgn miss n amek gambar..sedih.. rindu.. teringat kenagan time kat kelas..
erm..mmg rindulah!!

Aika wat presentation..xsempat nak amek gambar semua orang..
mana yg dapat jela k..hehe

MK 2

RINDU!!!
utk kak Ida..congrate dah habis presentation time Isnin..huhu

rindu kat korang semua lah..!!! 








opps..!!!!








nak tahu kisah Story Mory pasal aku time praktikel..??

TUNGGU *\o/*

Monday, April 18, 2011

Hikmah di Sebalik Ujian Allah


Tak semua orang suka membaca. Fakta atau auta..? anda nilailah sendiri. Kisah ini, saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan semua untuk dijadikan iktibar, pedoman, mahupun nasihat. 


:)


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!!

(petikan dari forum Melayu Boleh)

Saturday, April 16, 2011

berusaha

tengah wat kerje sekarang.

siapkan report.

Industrial Training.

wah, saya sangat penat.

tapi saya kene berusaha.

siapkan kerja.

sampai lah siap.

jangan malas-malas..

wat kerje sambil tersenyum.

dengan harapan semoga kerja dapat habis dengan cepat.

haha..

 senyum.

:)

nie gambar tengah susun fail kat KEJORA..comel x..hehe.. 

Saturday, April 9, 2011

Kasih Sayang "Sebenar"


"Syg.. Abg minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,suaminya. Kemudian tersenyum. Meletakkn kain yg telah siap dilipat di tepi. Bangun menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik, tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan qariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.



Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.

"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
---------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.



Salam sayang, Aliyah..
isterimu.. 

Wednesday, April 6, 2011

Rahsia Pemakanan dalam Islam

enrty kali nie, saya nak kongsi dengan korang semua pasal pemakanan..kerana makanan adalah keperluan seharian yg kita mahukan setiap hari..walaupun cuma segelas air kosong dan sekeping roti yang kite makan, makanan itu merupakan rezeki yang Allah beri.. so, kite kena bersyukur..jika kita ada makanan lebih, berkongsilah dengan orang lain, kerana tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima..

melalui pemakanan kita mendapat tenaga, dengan makanan juga kita mendapat khasiat.. dan melalui pemakanan juga, kite menjana minda, tubuh badan dan kesihatan..so, makanan juga mestilah cari yang berkhasiat.. tapi berkhasiat yang macam mana..??



Bertepatan dengan Hadith Rasullulah s.a.w :

marhumnya :

“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “

Vitamin B dan Tambah Darah

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini

Kalo nak darah lebih, makan buah delima insyaAllah banyak khasiatnya. Tak pun makan buah avocado, atau yang berkaitan dengannya. Buat air ke. Insya'Allah, buah tersebut merupakan ubat bagi segala barah.

Kopi untuk kesihatan

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. Kopi lain kan ada banyak lagi. Lagi banyak khasiatnya. Kopi kampung pun best. Tak payahla kita nak sibukkan diri nak minum starbuck (Star rujuk kepada bintang dalam bendera, bendera mana? dan Buck rujuk pada matawang, matawang mana yang selalu disebut buck?). Kopi isteri kita buat, kopi mak kita buat. Bukan kah diadun dan dibancuh dari tangan-tangan yang sepastinya kita tahu sumbernya. Dahlah tak mahal, cuma dapatkan serbuk kopi ngan gula je dari kedai. Orang kafir kata kopi tak bagus, sedangkan bangsawan barat (kafir) itu sendiri pun minum kopi. Hal ini kerana, oang kafir cube untuk merendah-rendahkan pemakanan umat Islam.

Daging kambing makanan nabi

Kita diajar kalau memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Yang jadikan kita darah tinggi atau serangan jantung sebenarnya rempah yang tidak diadun dengan betul dan sempurna. Tapi janganlah makan kambing dengan banyak, sebabnya kalau makan banyak apa-apa jenis makanan pun, tetap ia boleh datangkan mudarat. Kalau nak elok lagi, lepas makan kambing tu, cuba minum air limau nipis. Kalau berani lagi. Perah je air perahan lima nipis dalam mulut. Biasa orang Arab bila makan kambing akan perah limau Lemon keatas daging tersebut (yang biasanya dibakar sahaja sehingga keluar lemak2 padanya).

McDonalds

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Benda2 inilah yang menjadikan anak2 gadis kita semakin gemuk sekarang ni.

Kalau nak wat burger ke, kentang ke, buat je sendiri. Carik daging burger then goreng sendiri kat umah. Macam-macam resepi burger boleh kita buat ikut sukati kita, Kalau malas sangat, pegi je mana-mana gerai abang burger yang kita kenal tu, order je dari situ. Lagi puas hati. Sekurang-kurangnya kita nampak proses penyediaan dan bahan yang digunakan. Baru hilang syubahah dan tenang dalam amalan dan ibadat seharian.

Coke dan Maggi

Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum. (jahatnya tv kita yg dok siarkan iklan tu...tapi mereka dibayar oleh pengedar disini).

Berentilah minum semua air bikarbonat nih, banyak bahaya daripada faedahnya. Mungkin agak sukar untuk kita berhenti secara mendadak, tapi demi kesihatan akan datang, tak kita tak sanggup untuk berubah sedikit demi sedikit. Minum air sejuk kan best. Nanti bersih usus kita. Kita gak hepi..hehehe. Minum je susu kambing atau lembu. Takpun, beli jek mana-mana buah then proses buat jus. Lagi jimat. Bahan pun sepastinya di yakini kehalalannya. Meggi(mee segera) tu payah jugak nak cakap, kalau dah yakin halal kita makan je. Banyak gak meggi yang orang islam buat. Tapi berkenaan mee segera jenama Sedap cuba perhatikan betul2 logo halal tu, sah bukan logo halal bukan yang JAKIM keluarkan.

Soya

Untuk pengetahuan , para kafir agen DAJJAL ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. (sila semak entry saya yang lepas) Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang mampu membuatkan badan kita terjejas.

Minum je susu kambing. Pasti banyak khasiatnya. Susu kambing juga bagus untuk kecantikan kulit.

Petua mendapat anak

Kalau yang nak dapat anak, tapi belum dapat-dapat dan dah lama berusaha, cuba kaedah ni. Baru-baru ni ade terdengar dekat tv rancangan "Tanyalah ustaz" kaedah macam kat bawah ni.

“Ambil susu kambing segelas. Buah kurma segenggam. Asingkan buah kurma dari biji. Kemudian campurkan buah kurma tersebut kedalam susu kambing. Kemudian di kisar hingga sebati. Amalkan minum setiap hari samada nak minum satu gelas teros atau minum 7 teguk sehari. Sebelum minum bacalah BISMILLAH dan jangan lupa untuk bersalawatke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Nak elok lagi, salawat Syifa. Lebih elok lagi kita baca selepas salawat tu, doa-doa amalan Rasulullah dan Sahabat. Insya'Allah akan dikurniakan anak oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya atas usaha yang kita kerjakan. Amin.. 

makan??

hai semua..!! nak cerita pasal makan pulak..huhu.. tadi malam tengok tv dengan housemate semua..maklumlah duduk rumah sewa, tv ade 1 aje, tengok ramai-ramai.. pastu tetibe je cerita pasal makan.. 


my housemate named Ayue, wat lawak lak tetibe pasal makan..

orang Kelantan nie tak cukup MAKAN..
orang Terengganu pulak terlebih MAKAN..
orang Johor nie ok sikit, sebab cukup MAKAN..

aku pun pelik, ape kait pulak orang-orang negeri dengan makan..???

then, Ayue pon explain :

orang Kelantan x tak cukup MAKAN sebab, orang sana sebut "makan" = make
xcukup N..so, tak cukup makan la..

orang Terengganu pulak sebut "makan" = makang
terlebih makan tu, sebab ade G .. !!!!

orang Johor paling ideal la, coz cukup makan = makan


hehe.. siape orang Johor angkat tangan.. *\o/*

Tuesday, April 5, 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh

Assalamualaikum..huhu.. rasa-rasa nyer dah lama sangat tak update blog nie kan.. Kali nie Adah nak bawakan entry yang bertajuk "Harga Sehelai Tudung Labuh".. actually Adah bukan seorang yang alim, warak atau pun ustazah.. tidak.. tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan kerana kita hidup di bumi ini hanya sementara dan akhirat lah yang kekal abadi.. jika ada salah dan khilaf, minta tegur yea..


sedang Adah tengah syok-syok main game, tiba-tibe rase nak bukak Facebook.. then tengok kat wall dapat banyak tag notes..biase nyer Adah tak baca pon notes yang friends list tag kan, sebab banyak sangat.. tetiba rasa macam nak bace 1 entry nie, macam menarik..selepas baca notes tu rase macam luruh sangat hati ini..sebak pun ade jugak.. huhu.. touching pulak.. ok lah, selamat membaca..semoga ia menjadi pedoman kepada diri saya terutamanya dan untuk diri kawan-kawan jugak.. (^_+)




Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.

"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.

"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki.

Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."

"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.

"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".

"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

-Subhanallah-


Sunday, April 3, 2011

siapa kata soya itu bagus..?



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis, susu segar, kopi, bijirin, dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

FAKTA : Antara keburukan kacang soya :

 Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang iaitu kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

kredit: Ustaz Hashim Al-Maranji