Sunday, May 15, 2011

Darah Babi & Arak dalam Rokok


Darah Babi & Arak dalam Rokok
Haji Rahim Giat Usaha Sedarkan Masyarakat
I LUV ISLAM (Bil. 61)
*untuk perkongsian ilmu..



Rokok adalah ciptaan berteknologi tinggi musuh-musuh Allah (jaringan kapitalis Yahudi) bagi menjana keuntungan mega-ekonomi dalam masa yang sama berupaya merosak, menipu dan menjadikan manusia “hamba produk” mereka khususnya umat Islam.

SOALAN  :  Jelaskan secara ringkas mengenai kajian tentang rokok yang saudara jalankan dan perkembangannya setakat ini?

JAWAPAN  :  Kajian ke atas rokok dan ciptaan produk “PenawaRokok” saya bermula pada 2003 manakala program percubaan/praktikal “Memotivasi-Merawat Perokok” sentiasa dijalankan di sini mengikut susunan/keperluan termasuk di beberapa kawasan sekitar Indonesia.  Kajian masih diteruskan dan kini saya sedang menumpukan pada kursus-kursus kesedaran motivasi-rawatan-spiritual untuk perokok.  Saya juga dalam usaha menubuhkana gabungan berpasukan ke arah usaha mengurangi dan menghentikan tabiat merokok kalangan masyarakat.

SOALAN  :  Apa agaknyaa dorongan yang menggerak saudara berterusan dalam menjalankan kajian ini?

JAWAPAN  :  Ia bermula dengan melihat tabiat perokok serta sikap tidak peduli orang sekeliling yang ada bersama perokok.  Tambahan pula apabila kajian yang dilakukan mendapati, isi kandungan rokok dicemari bahan tidak halal serta boleh membawa kepada kemudaratan.  Menurut Sheikh Abdul Qodir Mahmud, rokok adalah “arak kering”.  Arak adalah ibu segala maksiat menurut hadith Nabi S.A.W.  ini memotivasikan saya hingga dipermudahkan Allah SWT untuk menjalankan kajian serta mencipta ubat PenawaRokok (masih dalam penambahbaikan).

SOALAN  :  Berapa lama masa yang di ambil dalam melakukan kajian ini?

JAWAPAN  :  Saya telah lakukan kajian ini hampir 8 tahun secara persendirian.  Alhamdulillah perundingan semasa dengan pihak-pihak yang prihatin seperti Yayasan Selangor, NGO dan sebagainya telah mula mendapat sambutan.  Beberapa pertubuhan NGO lain dan Kelab Sahabat perokok Al-Ansar serta persatuan Community Motivation & Healing Service masih dalam rundingan untuk terlibat dengan usaha yang sedang saya lakukan ini.

SOALAN  :  Boleh terangakan mengenai hasil penemuan kajian yang mungkin boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya menghisap rokok?

JAWAPAN  :  Rokok adalah kombinansi hebat ciptaan sains mengandungi nikotin (dari tembakau), 4000 kimia beracun, darah babi, arak dan lain-lain bahan.  Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney, Australia pernah membuat pendedahan mengejutkan (Berita Harian:  1 April 2010) terhadap kajian seorang wanita muda, saintis Belanda dalam bukunya PIG 05049.  Kajian 3 tahun menjejaki dan menemukan 187 produk-produk yang dihasilkan daripada seekor babi yang bernombor tindek-telinga 05049.  Salah satunya adalah penemuan sel darah merah (Hemoglobin) babi dalam penapis (filter) rokok selain itu juga dalam vaksin (suntikan) perubatan.

SOALAN  :  Apa itu rokok sebenarnya?

JAWAPAN  :  Rokok adalah satu isu agak sensitif dan kompleks (ada rahsia dalam rahsia) yang dicetus oleh penciptanya yang “bijak menipu”.  Ia menimbulkan banyak kekeliruan (akibat kecetakan ilmu pengetahuan dalam agama, fatwa dan lain-lain mengenainya).  Ia menggugat kesihatana dan kestabilan dan keharmonian keluarga muslim.  Misalnya masalah remaja yang kini tidak terkawal dan penyebab penyakit-penyakit kronik.

SOALAN  :  Mengapa bilangan perokok terus bertambah sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan?

JAWAPAN  :  Kelemahan penguatkuasa pemantau, kekurangan program kesedaran dan motivasi merawat perokok.  Minda Lama, Lemah Sifat Berkasih adalah antara sumbangan kepada pertambahan bilangan perokok.  Kempen  atau dakwah adalah baik tetapi berdosa jika tidak disertakan dengan rawatan.  Program rawatan sekarang adalah atas kesedaran perokok sendiri manakala galakan memerlukan kepada usaha mendampingi perokok dan ahli bersamanya.  Bahaya merokok ramai telah tahu tentangnya.  Sebenarnya bukan sahaja perokok yang merokok.  Kitapun merokok tetapi melalui hidu atau masuknya asap rokok melalui lubang hidung, telinga dan peluh!

SOALAN  :  Bagaimana kuasa merokok itu mampu mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran seseorang ke arah gejala negatif?

JAWAPAN  :  Pelbagai kategori perokok yang tingkahlaku dan pemikirannya dipengaruhi rokok.  Sama ada dewasa, warga emas, remaja dan budak-budak sekolah.  Yang paling membimbangkan adalah remaja kerana banyak kes-kes juvana hari ini mendapati berpunca daripada kesan negatif merokok.  Apabila merokok, seseorang itu akan berubah sikap dan kelakuan keranan mudah mengikut nafsu akal.

SOALAN  :  Adakah kaedah terbaik dan paling berkesan untuk membantu perokok mengurangkan ketagihan seterusnya berhenti merokok?

JAWAPAN  :  Ia bergantung kepada perokok itu sendiri.  Paling utama ialah “niat mahu berhenti rokok kerana Allah” bukan sebab lain.  Doa mohon dipermudahkanNya, ketahui apa itu rokok sebenarnya dan akibat daripada tabiat itu.  Selain itu rawatlah diri secara bersungguh-sungguh dengan amalan spiritual dan gunakan produk ubatan yang boleh mengubati ketagihan tersebut.

SOALAN  :  Komen saudara mengenai kesedaran umat Islam tentang isu ini?

JAWAPAN  :  Sebenarnya masyarakat Islam masih kurang kesedaran serta cetek pengetahuan mengenai isu ini berbanding masyarakat barat seperti US.  Mereka di sana lebih prihatin malah sampai tahap memerangi syarikat-syarikat gergasi rokok dengan kempen anti-merokok.  Malah Presiden Barack Hussein Obama sendiri sudah setahun berhenti merokok.  Saya kira, sudah tiba masanya umat Islam merubah minda dan perlu bersama-sama dalam gerakan mengurangkan dan menghentikan tabiat merokok ini.

SOALAN  :  Nasihat kepada perokok di luar sana?

JAWAPAN  :  Jadilah perokok yang bijak membuat keputusan untuk menyuci diri tanpa perlu berlengah lagi.  Mengurangi apatah lagi berhenti merokok memang agak sukar.  Tetapi pada peringkat permulaan sahaja, pasang niat “Buat kerana Allah”.  Ketahuilah, kandungan dalam rokok yang dicemari bahan-bahan tidak halal berupaya menjauhkan diri kita dari Pencipta.  

**Perbualan yang berlaku adalah antara sidang I LUV ISLAM dan Haji Rahim.

2 comments:

si para para said...

betul ke kerajaan betul betul nak perangi rokok..
emm mesti fikir 4,5 kali..
rugi tu... cukai rokok makin tinggi..kalau haramkan rokok, tak ada la duit tepi.

kerajaan macam ni ke yang kita nak?

Adah..oh, Adah.. said...

tu la pasal..nie pun tngok pada article I Luv Islam..
depends pada org sendiri kot..
kesedaran utk berubah..